Kem Asas PRS Tahun 2012


Kem : Kem Asas PRS Tahun 2012
Tempat : AKADEMI KEMAHIRAN & LATIHAN INSAN (AKLI)
Tarikh : 23 Jun 2012 - 24 Jun 2012

Antara kumpulan yang membuat persembahan.

Kumpulan ini berlakon jadi burung merpati & burung merak.

Oooppss..kotak beracun.

Kerja kumpulan.

Makan time!

Nampak tak bintik-bintik hijau tu.We need collected all of them...supaya dapat markah nanti!
The best game!

Suasana AKLI

Salah satu Fasilator kami.Puan Cheah

Beriadah di padang.Main pecah-pecahkan belon.

K-POP ^^

Les Vampire

Bekerjasama dalam satu kumpulan tak kira bangsa :)

Peranan Murid Sebagai PRS


Sebagai seorang PRS, peranan yang perlu mereka lakukan adalah :

✔ Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
✔ Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
✔ Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
✔ Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan
      jika perlu.
✔ Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
✔ Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
✔ Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
✔ Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum mebuat keputusan.
✔ Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
✔ Mematuhi etika kerahsiaan.
✔ Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
✔ Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi malaslah biasa / normal.
✔ Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari
     penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
✔ Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
✔ Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
✔ Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor / Guru Bimbingan dan
     Kaunseling  menjalankan strategi intervensi jika perlu.

Peranan Sebagai Guru / Jurulatih PRS



✔ Memilih ahli-ahli PRS berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
✔ Melaksana dan melatih ahli-ahli PRS berpandukan modul yang telah disediakan.
✔ Merancang, menyelia dan melaksanakan program PRS.
✔ Menjadi fasilitator dalam aktiviti-aktiviti PRS di sekolah.
✔ Memberi ujian kepada ahli-ahli PRS mengikut tahap yang ditetapkan.
✔ Memberi anugerah latihan PRS mengikut tahap dan kelayakan yang digariskan.
✔ Mengawal selia dan menasihati PRS dalam peningkatan prestasi akademik dan sahsiah.
✔ Membimbing PRS dalam memainkan peranan mereka di sekolah.
✔ Menjadi pakar rujuk (sesi bimbingan atau perundingan) bagi setiap isu berkaitan murid
     yang dikemukakan oleh PRS.
✔ Memastikan setiap PRS membuat catatan dan laporan dalam buku log PRS.

Matlamat, Visi, Misi, Ikrar, Etika Pembimbing Rakan Sebaya

Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :

1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2. Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada
     kepercayaan kepada Tuhan.
3. Memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa,
    rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan
    peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

                BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN
 
✔ PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran,
     kreativiti dan keimanan.


Visi Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

✔ Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.


Misi Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

✔ Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

Ikrar Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

Saya / Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2013.

✔ Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan
     tanpa mengira tempat, masa dan rakan.
✔ Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
✔ Berusaha menjadi pelajar contoh.
✔ Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
✔ Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
✔ Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

Etika sebagai PRS, mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu :

✔ Amanah dan menyimpan rahsia.
✔ Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
✔ Memahami batasan dan keupayaan diri.
✔ Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
✔ Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri
     dan / atau orang lain.
✔ Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
✔ Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat serta agama.

 

Gambar Pembimbing Rakan Sebaya


Lagu dan Lirik Pembimbing Rakan Sebaya


 
 
Pembimbing Rakan Sebaya
Menawar Khidmat Bakti
Menjana Kecemerlangan
Wawasan Negara
 
Kami Berdiri Megah
Dengan Tekad dan Harapan
Membantu dan Membimbing
Penuh Kasih Mesra
 
PRS Pemangkin
Masyarakat Penyayang
Berilmu Beramal
Bentuk Jati Diri
 
Amanah Diberi
Janji Ditepati
Amalan Mulia
Jadikan Panduan
 
Pembimbing Rakan Sebaya
Siap Sedia Berjasa
Membentuk dan Membina
Hidup yang Bermakna

Ciri dan Tanggungjawab PRS

Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?

          Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.
          Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawab memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness).

Apa ciri-ciri Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?


✔ Seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.
✔ Mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat dan boleh dipercayai.
✔ Mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga orang dewasa.

Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?

✔ Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.
✔ Membantu Guru Kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
✔ Membantu pelajar baru dalam masa orientasi.
✔ Memimpin kumpulan perbincangan.
✔ Membantu Guru Kaunseling dalam kaunseling kelompok.
✔ Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran.
✔ Menjadi sebagai contoh/model.
✔ Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral
    dan material.
✔ Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.

Sejarah Perkembangan PRS

1. Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) telah merangka dan mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Satu daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas "Kaunselor Sebaya". Dengan ini, konsep "Kaunselor Sebaya" (sekarang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya) telah sedia ada tetapi tidak diperkembangkan dalam kalangan murid secara sistematik dan menyeluruh. Pada 1986, program Pembimbing Rakan Sebaya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal melalui projek perintis "Kaunselor Sebaya" yang dikendalikan oleh Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman, Ketua Jabatan di Institut Aminuddin Baki.

2. Pada tahun 1987, satu Seminar-Bengkel PRS diadakan dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Dalam seminar ini, nama Pembimbing Rakan Sebaya diterima secara rasmi. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah.

3. Pada November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum Kursus Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pengawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

4. Pada Ogos 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.

5. Pada September 2988, mensyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kursus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu :

a) Pengenalan Konsep Falsafah dan Matlamat Program PRS
b) Teknik tafsiran latihan
c) Teknik penilaian program
d) Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik.
f) PRS dari perspektif Islam

6. Pada 1989, IAB dengan kerjasama Bahagian Sekolah telah mengadakan satu bengkel penelitian semula modul latihan PRS bertajuk Bengkel Membina Instrumen Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya untuk dijalankan pada penghujung tahun 1989 di sekolah-sekolah terlibat dan hasil daripada kajian telah dibentang dalam Seminar Status dan Halatuju Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 16-19 Disember 1990.

7. Pada Jun 1991, kursus intensif Kejurulatihan dan Pengurusan Program Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan di bawah pembiayaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 orang guru bimbingan dan kaunseling yang hadir. Hasil daripada bengkel tersebut, pada tahun 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Sekolah dengan kerjasama IAB berjaya menerbitkan buku modul bertajuk "Pembimbing Rakan Sebaya : Modul Latihan Asas".

8. Pada 2007, PRS telah menerima nafas baru dengan pengenalan nyanyian lagu dan lirik Pembimbing Rakan Sebaya hasilan En. Badruddin Shukor diikuti dengan pelancaran pemakaian 'vest' PRS oleh Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu.

9. Pada November 2008, Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein telah memperkenalkan e-PRS dalam Majlis Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan di MITC, Melaka.

10. Pada Ogos 2011, draf Modul PRS KPM telah dibuat semakan bacaan (Proof Reading) di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.