Matlamat, Visi, Misi, Ikrar, Etika Pembimbing Rakan Sebaya

Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :

1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2. Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada
     kepercayaan kepada Tuhan.
3. Memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa,
    rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan
    peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

                BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN
 
✔ PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran,
     kreativiti dan keimanan.


Visi Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

✔ Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.


Misi Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

✔ Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

Ikrar Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

Saya / Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2013.

✔ Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan
     tanpa mengira tempat, masa dan rakan.
✔ Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
✔ Berusaha menjadi pelajar contoh.
✔ Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
✔ Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
✔ Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

Etika sebagai PRS, mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu :

✔ Amanah dan menyimpan rahsia.
✔ Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
✔ Memahami batasan dan keupayaan diri.
✔ Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
✔ Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri
     dan / atau orang lain.
✔ Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.
✔ Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat serta agama.

 

2 comments: