Ciri dan Tanggungjawab PRS

Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?

          Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.
          Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawab memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness).

Apa ciri-ciri Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?


✔ Seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.
✔ Mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat dan boleh dipercayai.
✔ Mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga orang dewasa.

Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ?

✔ Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.
✔ Membantu Guru Kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
✔ Membantu pelajar baru dalam masa orientasi.
✔ Memimpin kumpulan perbincangan.
✔ Membantu Guru Kaunseling dalam kaunseling kelompok.
✔ Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam satu-satu mata pelajaran.
✔ Menjadi sebagai contoh/model.
✔ Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral
    dan material.
✔ Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.

5 comments: